07 Oktober, 2010

TELUR DADAR MAYONIS

Assalamualaikum....lewatnya online harini...dah siap masak ke? Ana lepas siapkan makan untuk Adam tadi terus tidurkan Hannah, tup-tup Umminya tertidur skali..hehehee..cuaca pun mendung & sejuk lak, mata pun paham-paham jela kan...

Telur dadar ni dah 3 hari berturut2 Ana buat untuk budak-budak ni makan, berebut2 nak cari part yang nampak tebal mayonisnya tu, sedap rasanya lemak-lemak gitu...kalau dah anak-anak suka, Umminya lagi suka, takpayah susah nak fikir masak pelik-pelik bagi diaorang makan kan..

nampak tu putih2 mayonis tu? heeehheee
Nak buatnya senang je cuma yang Ana buat ni tak letak bawang dan sabagainyala nanti diaorang campak ke luar pinggan, tak suka, kita gak yang kena kutip kan..Haritu pernah tengok Sheila Rosli dok iklan kat tv telur macam ni...meh kita pakat2 try..

Dadar Mayonis cara Ana :
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar mayonis
  • serbuk lada putih..
  • Campurkan semua bahan tersebut & kacau-kacau bagi berbuih sidkit.
  • Panskan kuali dengan sedikit minyak masak.
  • Goreng campuran telur tersebut sampai masak, balik2kan ke dua2 belah & boleh dimakan...
*Variasikan : tomato dadu, bawang besar hiris & daun bawang di tambah di dalam campuran telur

06 Oktober, 2010

COCOA BROWNIES

Salam...Selamat petang...Dah minum petang ke? Heheee...

Pagi tadi ternampak brownies kat blog Kak Maz...terliurnya..tapi semalam Ana dah buat Brownies resepi Kak Fida dah ni, kena tunggu giliran nak buat guna resepi yg Kak Maz buat tu...

Brownies ni senang nak membuatnya, bancuh2 & kacau2 je...cuma Ana takde butter, jadi Ana letak minyak masak jela..jadi elok masuk perut..anak2 suka sangatla, Adam siap tapau bawak pergi sekolah, katanya nak makan dengan kawan2 dia skali..

macam biasala..deco tuh memang hancuss jek..heee
Brownies ni Ana siap bertopping lagi..badam pun Ana bubuh dalam adunan bukan tabur atas tu macam yang Kak Fida buat..hihi..mandai-mandai jela...

Untuk Adam & kawan2nya, simpan petiais jap..
Kesimpulannya...memang mudah kalau nak makan sedap..heee...tryla buat..terima kasih untuk Kak Fida..Ana kopipes kat sini resepinya yea..

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )

  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 60 g serbuk koko* - (*ayak bersama)
  • 400 g gula perang (boleh guna campuran gula perang dan gula halus)
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan mentega cair..Ana guna minyak masak jer
  • 1/2 cawan kacang pecan/badam cincang kasar - dipanggang

Cara-cara

  1. Campurkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan kacau rata. Masukkan telur dan mentega cair dan kacau sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas dan bergris dan ratakan. Taburkan kekacang yang dicincang. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min.
  3. Biarkan brownies sejuk di dalam loyang, baru boleh dipotong dan dihidangkan. 
  4. Boleh juga letak coklat ganache ikut suka...

    KEK ROS MARMAR

    Assalamualaikum w.b.t..

    Salam pagi nan indah buat semua...sejak semalam Ana tak dapat nak masukkan N3 sebab tak boleh nak upload gambar, tahle nape..malas nak godek-godek jadi Ana biarkan jela...Harini saje je nak tunjuk kek yang dah dibuat 2 hari lepas..Resepi asal kawan facebook ..Kak Sha..yang bagi, katanya dia dapat dari kertas pembalut tin susu yang dibelinya...Ana dah olah & ubah cara-cara buatnya ikut kesesuaian sendiri..


    Kek ni hasilnya tidak mengecewakan, cukup lembut & agak lembab sikit dalamnya...ala2 kek marble jugakla, amatlah sesuai kalau nak buat minum petang bersama kopi 'O'..heeeee..dah abes pon...

    Bahan-bahan :
    • 150 grm mentega
    • 150 grm gula kastor
    • 3 biji telur
    • 160 grm tepung naik sendiri..*Ana guna tepung gandum + 1/2 sdt.baking powder + 1/2 sdt soda bikarbonat + secubit garam..Ayak bersama
    • 2 1/2 camca besar susu cair
    • 1/2 sdt esen vanila
    • 1/2 sdt esen ros..*Ana ganti esen strawberi
    • 1 titik warna merah..atau secukupnya
     Cara-cara :
    • Pukul gula dengan mentega sampai kembang
    • Masuk telur,sebiji-sebiji ,pukul sampai halus
    • Masuk tepung sikit2,di selang seli dgn susu cair
    • Habiskan semua tepung jangan kacau lama sangat.
    • Bahagi 2 warna,.1 boh esen vanila,1 bekas lg boh esen ros n pewarna.
    • Griskan loyang dengan mentega, sendukkan adunan selang seli sampai habis, bakar 20-30minit,.suhu 170'C atau sampai masak

    04 Oktober, 2010

    Puding Susu Bandung

    Salam semua....pernah tengok puding ala-ala bandung ni tak? Hihi...ada kat dapo Mas...kalau kat dapo Kak yat pun ada...Ana buat sebijik sebijan macam Mas...ala2 manis warna dia..rasanya?? Aduuhh...lembut-lembut masuk tekak, manisnya pun slooowww je..haha...cuma ana punya puding ni tak cantik sangat sebab nak cepat, buat pagi, tengahari tu dah keluarkan dari peti sejuk makan sebelum keluar ke jemputan rumah terbuka raya...jadi sememeh sikit ler...
     
     
    Maaflah gambar kurang menarik, snap pun cepat2 masa keluarkan dari acuan yang tak seberapa tu, yang penting selamat masuk perut..hiii
     
    Copy : Mas...terima kasih Mas & Kak Yat..juga Gert
     
    Bahan :
    • 600 ml air
    • 120 gram gula pasir
    • 8 gram serbuk agar agar 
    • 3 helai daun pandan
    • 300 ml susu segar..Ana letak susu cair
    • 200 ml santan
    • beberapa titik esen pandan  - mas letak pati sirap..Ana pun sama gak
     
    Cara membuatnya :
    1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
    2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2. 
    3. Tapis dan tuang 1/2 bancuhan kebekas lain dan titiskan sirap / esen pandan / strawberi paste dan kacau sebati.
    4. Tuang kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer. Biarkan beku ( mas letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding bandung tadi .
    5. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....

    Nasi Impit Kuah Kacang

    Assalamualaikum....huuuu...letihnya badan, maklumlah berjalan-jalan pergi open house sana sini..hihi..

    Maaf & terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah sini walaupun tuan rumah g beraya sakan, takpe, masuk aje, pintu tak kunci tu..hehe...Apa menu sarapan pagi ni? Ana cuma makan nasi impit dengan kuah kacang je, itupun buat semalam, pagi ada adik datang beraya, masak lebih kurang je, lepas tu kami lak kluar g raya rumah pakcik Cik Abe Ana kat Klang...


    Tiap-tiap tahun buat kuah kacang Ana buat guna resepi ni je, dapat dari majalah tah tahun bila tah...kali ni nasi impitnya Ana cuma rebus yang segera je, cap Nona..hiiii...tak sempat nak buat sendiri..

    Resepi Kuah Kacang :
    • 1/2 kg kacang tanah...digoreng dalam minyak sedikit sampai masak & toskan.
    • 5 ulas bawang putih*
    • 5 ulas bawang merah*
    • 1/2 inci halia*
    • 2 batang serai*....(*)di kisar
    • air asam jawa
    • gula & garam
    • cili kering secukupnya
    • 2 keping gula melaka ...boleh lebihkan

    Cara :
    • Kacang tanah dikisar/tumbuk halus.Ketepikan.
    • Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar. Biar sampai pecah minyak.
    • Masukkan kacang tanah bersama sedikit air, kacau-kacau sebati.
    • Masukkan lagi air secukupnya bersama gula melaka, gula, garam & air asam jawa.
    • Sentiasa kacau2 supaya tidak hangit didasarnya...dah mendidih & cukup pekat yg diingini bolehla diangkat...
    • Makan................

    02 Oktober, 2010

    KERABU TOTAMO IKAN BILIS

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Assalamualaikum

    Pagi-pagi ni Ana nak tayang kerabu yang Ana buat petang semalam, sebab tengahari nanti nak g open house rumah kawan facebook, lepas tu terus ke Labu, N9 utk makan-makan lagi rumah sepupu..jauh gak jalan harini...Kerabu yang Ana dpat resepinya dri blog Kak Ayu, Kat blog Izah pun dah buat cuma versi beza sikit je....kata Kak Ayu dapat dari Hana nun di Jepun..



    Kerabu ni makan dengan nasi panas-panas, dah tak payah ambil lauk lain pun takpe...tambah2 lak kalau buat pedas2 mau sok sek..sok sek..hidung tu..hihi.. Ana copy dari blog Kak Ayu yea..trimas Kak..

    Copy dari : Ayu
    Bahan-bahan
    • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
    • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
    • 1/2 biji bwg besar - dihiris
    • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris-(Ayu letak lebih)
    • 1 btg serai - dihiris
    • garam
    • gula-(Ayu tak letak ni)..Ana bubuh ni..
    • jus lemon - optional..Ana perah limau nipis
    • pak aji - klu suka-(Ayu letak ni)..Ana tak letak
    Cara-cara
    1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. Perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
    2. Dah siap! bleh la dihidang.

    01 Oktober, 2010

    "SUNBEAM" LAKSA KARI

    Assalamualaikum...dah makan tengahari? Hari ni Ana cuma makan laksa atau yang lebih tepatnya mee kari je, tupun segera punya..hihi....pes ni cukup pekat, pedas sampai menitik2 peluh masa makan panas2 tadi...huhu...


    Ana dapat pes laksa kari ni percuma masa beli susu pekat Sunbeam sebelum ni, jenama ni baru lagi..ala yang Sime Darby tu ler..sekarang dah ada produk makanan lak...dia tulis laksa kari tapi arahan kat kotak tu soh bubuh mee kuning...maka dengan kata yg lebih tepat mee kari lah yea...

    haa..nielah bendanya....
    Cara nak buat ada kat belakang kotak ni...pandai-pandaila nak tambah apa kan....1 kotak ni ada 2 pek pes laksanya...

    Antara produk lain keluaran Sunbeam ni ialah...Lontong Johor...Laksa Johor..Laksam Kelantan..Assam Laksa Penang..Laksa Singapore...& ada lagi Minyak masak Aliiifff...heeheheh..Anak-anak Ana suka sangat tengok iklan minyak masak tu... ada sape2 nak try beli bolehla..kalau nak sedap lagi boleh tambah macam2 dalam tu...*Pst : Sime Darby kena bayar komisen nih...hihi*

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...